Wednesday, July 29, 2009

Saturday, June 27, 2009

Anugerah Industri Muzik





Dua persalinan utk Ayu OIAM , red carpet warna merah, dan lagi satu warna kuning utk persembahan bersama Shila, Nikki, Dina dan Aliya ..

Tuesday, April 14, 2009

Kelainan untuk Ayu ( berita harian Sabtu, 11 April 2009)






Pereka pakaiannya, Faizell menggabungkan songket dan sifon

WAJAH eksotik dimiliki penyanyi kelahiran Sabah bernama Ayu Damit membuatkan pereka muda Faizell Azraff tertarik untuk menghasilkan rekaan buatnya.

Mungkin sedikit mencabar untuk membuatkan Ayu kelihatan cantik pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, malam esok, tetapi Faizell mengambilnya sebagai satu ujian yang dapat menguji kredibilitinya sebagai seorang pereka baru.

Kulit hitam manis Ayu menyebabkan Faizell harus bijak bermain warna. Rona lembut dari warna krim dan coklat menjadi pilihan untuk acara permaidani merah dan digayakan penyanyi bersuara lantang itu ketika membuat persembahan di pentas ABPBH 2008 nanti.

Bakal menggabungkan songket dan sifon, Faizell memilih gaun potongan paras lutut untuk penyanyi bertubuh kecil ini bagi menampakkan Ayu kelihatan lebih tinggi.

"Ayu sering tampil dengan gaun labuh setiap kali menghadiri majlis anugerah. Jadi apa salahnya cuba sesuatu yang lain, kali ini dengan gaun paras lutut kerana ia juga boleh membuatkan Ayu kelihatan tinggi.

"Bekerja dengannya tidak begitu sukar. Cuma dia mahukan warna yang sesuai untuk kulitnya serta penampilan yang tidak terlalu seksi. Dia juga jenis yang mengikut kata asalkan kena dengan cita rasanya," kata Faizell yang pertama kali terbabit di dalam ABPBH tahun lalu.

Pereka berusia 27 tahun itu tidak mempunyai pendidikan khusus dalam seni reka. Sebaliknya ia didorong atas dasar minat, pengalaman bekerja di sebuah butik di Ampang Park digunakan sebaik mungkin oleh jejaka dari Perak ini untuk menimba ilmu dalam seni rekaan fesyen.

Selain itu, dia juga banyak merujuk kepada majalah dan buku, dari situ dia mula belajar dan kini sentuhannya mula mendapat perhatian ramai setelah kemunculannya dalam ABPBH 2007. Artis pertama yang menggayakan sentuhannya tahun lalu juga bukan calang-calang iaitu penyanyi terkenal Fauziah Latiff.

"Memang tidak dinafikan, selepas muncul dalam ABPBH 2007, rezeki saya semakin murah. Bukan saja untuk acara anugerah, saya turut menerima tempahan untuk majlis rasmi serta membuat rekaan untuk pakaian pengantin," katanya yang menyimpan hasrat untuk menghasilkan rekaan buat Ayu sejak Anugerah Juara Lagu yang lalu.

Sementara itu Ayu pula berkata, dia merasa bertuah apabila namanya disenaraikan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular. Katanya, peminat kini ternyata lebih terbuka dan bijak menilai antara bakat dan rupa.

Gadis yang semakin bijak berbicara berbanding setahun lalu setelah mengikuti kursus komunikasi bersama Fatimah Abu Bakar menganggap pencalonan bermakna satu lagi beban terpikul dibahu.

"Bagi Ayu ini adalah satu kejayaan sepanjang kerjaya sebagai penyanyi apabila tersenarai sebagai salah seorang finalis ABPBH. Ayu tidak sangka baru setahun lebih dalam dunia nyanyian dan di tengah kebanjiran ramai artis baru, nama Ayu boleh tersangkut.

"Walaupun Ayu tahu kemenangan sukar untuk digapai melihat kepada senarai calon lain yang hebat-hebat, tetapi Ayu tetap anggap semua ini sebagai satu tanggungjawab berat yang harus dipikul. Apabila peminat memilih kita, bermakna kita perlu persembahkan sesuatu yang lebih baik untuk mereka," katanya yang mengenakan set mutiara hitam Tahitian bernilai RM304,800 dan mutiara putih laut selatan bernilai RM403,550.


Friday, March 27, 2009

ABP kembali lagi ... 2009





ABP 2008 kembali lagik .. kalau dulu fauziah latiff memakai rekaan sy .. tapi kali ni 2 orang akan memakai rekaan saya.. NANA ERA dan AYU OIAM ....

Thursday, March 12, 2009




This silver cris - cros, Grecian inspired dress worn by the lovely Dynas Mokhtar was for Anugerah Skrin 2008. It was sprinkled with Swarovski diamonds against the bodice and skirt to fit the events theme that night "Diamonds".The dress was fully draped where no flat pattern was involved. During the fitting at Istana Budaya, where she was rehearsing for Impak Maksima The Musical, no alteration was needed! The actual garment slightly differs from the sketch to fit both our taste.

Wednesday, March 11, 2009



My outfits appeared on BiPop (Berita Harian's weekly entertainment paper)
about 3 uprising Pan Asian stars. This was my first time working with both Julia Ziegler and Diana Danielle.
The purple satin Origami style outfit worn by Julia was designed and made in conjunction with Rafflesia's Secretaries Week 2008 as my display outfit for the event. Soon, to my surprise it became a hit among reporters which then landed itself on the cover of BiPop!
Diana's red mermaid cut dress with detachable corset was fitted the night before the shoot. at around 11pm i drove to her house to do the fitting and thankfully she liked the design and the dress needed no alterations.



all designer 4 rafflesia`s secretaries week..





Zahnita 4 triumph inspiration award at pavilion
------------------------


waktu dapat tahu buat utk zahnita takutt jugakk .. tapi biler dah jumper baru tahu saper zahnita yang sebenarnyer .. very open!! .. n senang berkeje dengan dier!! discuss design kat bangsar village! n seminggu pastu fittg kat rich salon depan bangsar village ( thank u FARINA ) ... patutnyerr baju ni panjang dier sampai ke lutut ... tapi ntahh ngaper boleh jadi atas paha !! ... haha .. sajer jer nak wat zani seksi ... thank zani ...

hasilnyerr .... lainn dari design no 4 .. last minit waktu nak letak kipass tu .. rasa cantik letak sebelahh jer ... hahaha ... tapi julia suka jer ... thank u julia ...





design ni utk julia ziegler ke EH! style award kat the garden mid valley .. julia pilih design no 4 ... tapi ...

Tuesday, March 10, 2009






This particular outfit worn by Aleeza Kassim was designed especially for her for Rafflesia's Secretaries Week 2008 back in April.
Interestingly, I was only able to do the fitting with her 24hrs before the event as she was out of town; in a public restroom in Bangsar Village. Luckily, the dress turned out great and fitted her well!
This mermaid cut dress is a combination of satin and jacquard with pleats against the right cup while the white corset was detailed with satin straps posing as an obie belt.

fauziah latiff ... rekaan faizell azraff ... utk anugerah bintang popular ..

fauziah latiff utk anugerah bintang popular 2008
My 1st design utk anugerah bintang popular 2008 , artis fauziah latiff, detik permulaan bagi aku utk berhenti keje dan mulakan angan2 menjadi kenyataan .. thank u khairi sufi n bill bora ..... muahhh ....